Monday, 21 November 2016

Everybody Deserve To Be Listened

Semua Orang Untuk Didengar...

Baiklah... setelah sekian lama, Hijack tak update blog ni... (mungkin dah bersawang kot =.=") kali ini, Hijack datang dengan entry baru.

Sebelum tu, assalamualaikum untuk semua yang beragama Islam dan salam sejahtera untuk para blogwalker yang non-muslim.

Kembali kepada topik kita... semua orang berhak untuk didengar.

Kenapa kau naikkan topik ni, Hijack?
Baiklah.. mari kita telusuri satu persatu.

Cuba kita rewind balik apa yang berlaku dalam hidup kita.. kita perhati surrounding kita.
Terkadang, ada ketika, ada saat kita rasa... kita nak luah kat orang, tapi kita tak tahu nak luah macam mana. Ada saat kita nak luah, tapi kita tak tahu nak luah kat siapa. Orang biasa nampak wajah ceria gembira kita. Tapi, deep inside?

Ada ketika kita rasa nak duduk dalam hutan, face the live sorang-sorang. Tapi, berbaloikah? At the end, kita akan suffer alone. Suffer atas loneliness kita sendiri.

Semua orang berhak untuk didengar. Kita nak orang dengar setiap masalah kita, setiap luahan hati kita. Tapi, adakah kita buat benda yang sama pada dia orang? Kita tertanya-tanya,

"Kenapa tak ada orang nak dengar masalah aku?"

Then, ask yourself... Adakah kita menjadi seorang pendengar yang baik?

A situation...

Nampak seorang kawan kita, alone, berjalan sorang-sorang. Hidup dia, macam dalam alam dia sahaja. Tapi, adakah kita mengambil pendekatan dengan mendekati dia? Atau sekadar, 'Oh budak tu? Dia memang macam tu. Abaikanlah...'

Cuba kita berada di tempat dia. Mungkin dia seorang yang anti-social. Anti-social di sini, bukan bermakna dia tak suka berkawan. Nope... semua orang perlukan kawan. Sebab semua orang suka untuk didengar dan Yes! Semua orang berhak untuk didengar.

It's hurt to be alone... Berapa banyak loners kat luar sana, cuba untuk berkawan. Tapi, apa yang kita buat? Ask yourself.. Muhasabah.

Kembali kepada semua orang berhak untuk didengar. Incase.. kita seorang loners. Yes, we are the Loners... Then apa yang perlu kita buat? Terus tenggelam dalam dunia kita? Bahagiakah begitu? Mungkin ada orang kata, okaylah jadi loners... tak payah nak terasa hati kena tinggal pergi makan, tak perlu nak buang masa pujuk orang. Tapi, itulah realiti kehidupan. Tak bosan kah hidup dalam dunia sendiri? Keluarlah... hadapi dunia luar. We create our memories...

Tak nak kah kita merasa, adanya seorang kawan yang akan merindukan kita bila berjauhan, akan sama-sama menangis bila terluka dan sama-sama ketawa bahagia. Belajar untuk berkawan... It's worth to try. kita tak rugi apa-apa. Belajarlah... cari pengalaman.

Kita, sebagai seorang kawan... nampak kawan kita macam hidup dalam dunia sendiri, dekatilah.. cuba lah masuk dalam dunia dia. Korang tahu tak? kadang-kadang, loners akan perhatikan korang ketawa dengan kawan-kawan korang, bergurau dengan kawan-kawan korang. Dia, juga manusia biasa. Nak ada kawan, ada orang yang boleh diajak bergurau, bersembang. Tapi, dia tak ada keberanian untuk hadapi semua benda tu. Mungkin dia trauma? Atau mungkin dia tidak pandai untuk memulakan salam perkenalan. Jadi, apa tugas korang? Dekatilah dia... Mulakan salam perkenalan.

Manusia.. hidup sendirian. Semua orang mahu untuk didengar dan semua orang berhak untuk didengar.

Tapi.. kita jangan lupa. Apa yang kita buat kat orang, tak semestinya benda yang sama orang akan buat kat kita. Contoh, kita dah jadi a good listener. Tapi, siapa nak dengar masalah kita?

So... kenapa berharap pada Manusia? Kita ada Tuhan... kita ada Allah. Dia Maha Mendengar. Solatlah... Sujudlah. Bangunlah disepertiga malam. Dia Maha Mengetahui.

Kita tak tahu macam mana nak ungkap apa yang kita rasa? Cukuplah dengan solat dua rakaat, sujud kepada Allah dan menangis. What? Yes! Menangis... Luahkan semuanya. Tak perlu with word. Sebab Dia adalah Tuhan kita, Dia Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang ada dalam hati kita, setiap permasalahan kita.

Sebenarnya, itulah perkara pertama yang perlu kita buat. Mengadu pada Allah, Tuhan kita, pencipta alam. Lepas tu, istisyarahlah... luahkan pada orang yang kita percaya. Siapa? Mak Ayah kita, adik-beradik kita, kawan-kawan kita, Sesiapa sahaja yang kita percaya. Berbincang, cari solusi. InsyaaAllah... Dia yang menguji kita dengan masalah, maka Dia jugalah yang akan memberi solusi.

So... agak serius ke entry ni? Hahaha...

Semoga sampai apa yang Hijack ingin sampaikan.

From heart into heart...
May I Hijack your Heart,

Thank you,
Mr Hijack

Tuesday, 1 November 2016

Kenalan, Kawan or Sahabat



Hye u'olls..!! (ciehhh! gedik!)

Start balik...

Assalamualaikum untuk semua yang muslim dan salam sejahtera untuk yang non-muslim.

Welcome, irasaimase, sa-wat-dee dan ofkos... selamat datang kepada entry di awal November.  Starting hari yang sejuk, permulaan Musim Tengkujuh ha? (bukan ke sebab kau duduk dalam aircond, Hijack? -Erk-) Okeh, abaikan.


So... untuk entry kali ini... Sahabat, Kawan or just... Kenalan? Hurmmmm... Lets think together...



Sape tu? Hahaha.. buat-buat tak kenal pulak... Okeh.. abaikan. gambar gugel je tu.

Sahabat.. susah senang bersama. Teringat satu kata-kata, "A good friend is asking why are you sad but a best friend is taking a shovel, ready to bury the one who hurting you" (lebih kurang ar...)

Apa orang kata? Cubit paha kanan, paha kiri terasa? hahaha... begitulah mungkin. Ada orang kata, nak tengok sifat seorang kawan kita tu macam mana, bermusafir lah dengan dia. hurmmmm... For example... ada kawan yang pattern, 'eh, tak apalah. Aku belanja.' Ada jugak yang pattern, 'Lah... kau tak ada duet ke? Kalau macam tu, temankan aku makan dah la.' Erk? 

Okeh...  diambil dari facebook... 

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

So... begitulah kiranya. Jom tengok gambar lagi..

                                         

Jadi.. faham tak? Susah senang bersama. (-Kat atas tu, action wallpaper jerk, Hijack- Iya. memanglah just wallpaper... tapi kita translate lah ikut lain makna dia. Ada erti? =^=)

Okeh.. pasal perbezaan kenalan, kawan dan sahabat. Sekali baca, korang semua pasti dah pun jawab secara random kan? It's pretty much ketara. Memang terang berspotlight (DBP tolong jangan kecam Hijack!)

Hijack pernah bertanyakan soalan ni pada seorang kawan Hijack.. (kawan ke sahabat tu, Hijack? erk! Kena sedassss!) Okeh. Sahabat.

"Apa kau punya defination pasal kenalan, kawan dan sahabat?"

So... apa yang dia jawab. Jeng.. Jeng... Jeng..! 

"Kenalan tu, orang yang kau jumpa tepi jalan. Kawan, orang yang rapat dengan kau tapi tak adalah rapat mana. Dan sahabat, ialah orang yang rapat dengan kau, orang yang kau share macam-macam dengan dia" gitulah lebih kurang. Hijack pun dah lupa sikit-sikit sebab dah lama sangat tanya dia soalan ni. (Kuat cover kau Hijack! Bukan cover... tapi gitu arr.. -Skill tak mengaku-)

So.. Hijack tanya lagi.

"Apa definition kau untuk aku?"

"Takkan kau tak tahu?" Dia jawab. Hijack dah senyum-senyum dah.

"Aku nak tahu dari kau for sure..."

"Kenalan..." Erk! Menyesal Hijack tanya. Adiehhh!! Tapi tak pe. Hijack tahu, dalam hati dia, dia sayang Hijack sebenarnya. Jyahahahaaaa.. (Readers tolong jangan lempang Hijack sebab meluat)

Okeh.. tu his definition tentang persahabatan. Korang pulak macam mana? Nak share pendapat? Silakan share di komen un tak pe... (macam lah ada orang baca blog kau, Hijack. =,=")

Baiklah (sebab banyak sangat dah perkataan 'okay' kat atas), macam panjang jek entry kali ini. Hopenya tak tidur lah seperti mana Hijack yang tidur bila kelas Sejarah (erk! aib tu, Hijack!)

Seperti biasa,
Thank you sebab sudi meluangkan masa anda yang precious. 

From heart, into heart.
May I Hijack Your Heart?

Thank you,
Mr. Hijack