Tuesday, 7 March 2017

Aina Syabab??

Assalamualaikum...

Readers yang dihormati lagi disayangi (-,-")?

Today entry... agak lain dari yang lain. Ha.... kenapa ey?

Haaa... sebab... kali ni, Hijack nak share satu lagu. Lagu? Iya. Lagu... Lagu apa? Ombak Rindu? Wey... jiwang tu! Tak terlist dalam jiwa! hahaha.. riak!

Let's check it out!!




Hah... acane? 

 Hijack suka lagu ni... 
Jadi...
Bangkitlah wahai pemuda! 
Bangunlah wahai Remaja!

Okeh... Hijack kena masuk kuliah sekarang. Jadi, tak leh nak buat entry berkajang-kajang... -budak lagi kau Hijack! (-,-")- 

Semoga bermanfaat.

From heart into heart
May I HIJACK your heart?

Thank you,
Mr Hijack


Monday, 20 February 2017

Assalamualaikum...

So... Hari ni... Hijack nak share tentang sekulah kawan Hijack ni... pasal sekulah dia, lain kali -InsyaALLAH- Hijack akan cerita. For now, hehehe... kita spread our rezeqi...!

Noragami Yato God:

🔰SUMBANGAN KEWANGAN🔰

🎗Kami membuka ruang untuk anda membuat amal jariah🎗

🔹Utk makluman, pihak *Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 16/17 IQT* memerlukan sumbangan kewangan bagi menampung program² yang akan dijalankan di IQT.

🔹Semoga dengan bantuan serta sumbangan kalian menjadi titik tolak kepada generasi Al-Quran nanti pada masa akan datang.

🔹Jika anda ingin menyumbang boleh hubungi di talian :

*Bendahari MPP I* :
Azim Afkar : 0139604969
*Bendahari MPP II*
Adilah : 0179159923


Sumbangan juga boleh disalurkan melalui :

Bank Islam Tetuan MPP Institut Al-Quran Terengganu
*13017021043551*


✅#TakkanFakirDenganInfaq ✅



From Heart into Heart
May I HIJACK your heart?

Thank you,
Mr Hijack

*The Beauty of Da'wah*




*The Beauty of Da'wah*

Assalamualaikum kpda readers yang beragama Islam, juga salam sejahtera for those yang non-muslim.

So, hari ni, entry Hijack tentang the beauty of da'wah.

'Of what, adik-adik?'

'Of Da'wah!!!'

'bagus adik-adik Hijack.'

Okeh. Kembali kepada topik kita. Keindahan da'wah. Apa yang indah sangat tu?

Okeh. (berapa kali kau nak okay ni, hijack? Dah lah eja okay pun salah) >3< ~abaikan perangai Hijack terlebih ribena~

Suka lah Hijack menceritakan tentang dua orang gadis cantik. ~dasar tak jaga pandangan kau, Hijack!~

Di dalam sebuah masjid...

Dua girl, teman letak nama as Mawar dan Lotus sudah. Klasik kau nama! -Nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu-

Sedang dua remaja itu asyik berbual...

Allahu akbar! Allahu akbar!
      Allahu akbar! Allahuakbar!

Suara muazzin lantang melaungkan azan, memanggil semua khalifah yang tunduk kepada kekuasaan Yang Esa, untuk sama-sama menyahut, berbaris dalam satu saf, tunduk sujud kepada-Nya.

"Mawar, dah lama tak dengar azan macam ni kan? Menusuk sampai ke dalam. Suara dia lepas dan lantang. Seronok dengar..." suara Lotus memecah keheningan harmoni azan yang sedang berkumandang. #jangantiruaksiini

Mawar tersenyum cuma, mengiakan kata-kata Lotus tanpa bicara.

"Nak tengok lah siapa yang azan" Perangai tak senonoh Lotus dah terkeluar, acah-acah nak buat crime. Masa tu Hijack terfikir, kenapalah bukan Hijack yang jadi muazzin? 😩

Tangan Melur laju aja menampar paha Lotus, ala-ala manja stok ayu gitteww... Satu jelingan sedas diberikan elok untuk Lotus.

Lotus tertawa kecil. Lagi semangat nak buat kes!

Hayya 'alal falah!
      Hayya 'alal falah!

Lotus dah ready nak bangun. Maklum, ruangan wanita ditingkat atas masjid. Jadi kalau nak skodeng anak teruna orang, kena berdiri.

"Lotus...!" Suara Mawar mendayu memanggil. Tiada tazkirah panjang, tiada amaran keras, tiada sindiran halus, juga tiada ritma suara yang naik seoktaf. Cukup sekadar nama yang dipanggil lembut sepakej hujung jari Lotus digenggam Mawar. Perlahan, Mawar menggelengkan kepala.

Lotus sayu. Sudah lama dia tidak menerima layanan sebegitu. Senyum terukir di bibir. Suka melihat reaksi Mawar. Faham dengan teguran tanpa bicara itu. Mungkin, kalau tidak kerana genggaman tangannya itu, dia mungkin sudah bangun untuk cari tahu gerangan sang muazzin.

Akhirnya,

Laailaha illa Allah...

Tiada Tuhan melainkan Allah, serentak dengan jatuhnya kepala Lotus ke ribaan Mawar.

Terima kasih, Mawar.
Terima kasih, Tuhan...

So, apa yang mike dapat dari cerita tu? Teman suka! Suka dengan cerita tu. Tegur orang, tak perlu sindir-sindir. Tak perlu perli-perli. Actions speak louder than words.

Okeh, sampai sini aja entry teman hari ni. Semoga bermanfaat.

From heart, into heart.
May I hijack your heart?

MrHijack

Wednesday, 18 January 2017

Be Strong, Stay Strong



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah sekian lama Hijack tak posting... kali ini, Hijack tampil dengan entry.. "Be Strong, Stay Strong"


If you don't like your destiny, don't accept it. Instead, have the courage to change it the way you want it to be.

You are the one who can changed your destiny. Apa yang kau buat saat ini, sesaat nanti, akan berlalu sebagai sejarah. Tak perlu untuk dicoretkan, tak perlu untuk di catat dalam buku khazanah negara. Cukup sebagai satu perkara yang telah berlaku, menjadi sejarah dalam hidup kau.

Allah berfirman dalam Quran, [13:11]

"...Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves..."


Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Sepertimana hadits Rasul saw yang bermaksud,

"Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)"


Anak, ibu bapa yang mencoraknya. Dalam Hlovate, Rooftop Rant, "Remaja kalau diberi cornflakes dan susu, makan benda tu lah hari-hari. Tapi kalau sudah di biasakan dengan madu dan kurma, dengan benda tu lah dia orang membesar," Macam tu lah lebih kurang. Hijack ni adalah masalah ingatan sikit. payah betul nak ingat benda-benda macam ni. #Sorry kat peminat Hlovate yang baca entry ni (=.=")

So, Be Strong and Stay Strong...

Ujian dan pengalaman adalah guru yang terbaik untuk kita. Percayakan diri anda. POYO. Proud on Your Own. Setiap orang, ada kelebihan, kekurangan. Tiada yang perfect kat atas muka bumi ni selagi mana dia bergelar makhluk, kepada Tuhan Yang Mencipta. 

Apa yang kau buat hari ni, akan mempengaruhi diri kau 5 tahun akan datang. Jangan nanti kita menyesal atas perbuatan kita hari ini. Abaikan kata-kata orang yang langsung tak membangun tak mampu untuk support kita. Hinaan orang, kejian orang, take it as satu cabaran untuk korang. Cabaran untuk korang buktikan yang bahawasanya korang mampu untuk menjadi lebih baik, No! Seribu kali lebih baik dari mereka yang hanya berani untuk menghina dan mengata di belakang. 

Okeh. Ntah apa yang Hijack merapu panjang sangat ni. (=.="). Semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang. Love yourself. Fighting! Gambatte!


Dari hati. ke hati...

May I Hijack your heart,
Mr. Hijack