Semua Orang Untuk Didengar...
Baiklah... setelah sekian lama, Hijack tak update blog ni... (mungkin dah bersawang kot =.=") kali ini, Hijack datang dengan entry baru.
Sebelum tu, assalamualaikum untuk semua yang beragama Islam dan salam sejahtera untuk para blogwalker yang non-muslim.
Kembali kepada topik kita... semua orang berhak untuk didengar.
Kenapa kau naikkan topik ni, Hijack?
Baiklah.. mari kita telusuri satu persatu.
Cuba kita rewind balik apa yang berlaku dalam hidup kita.. kita perhati surrounding kita.
Terkadang, ada ketika, ada saat kita rasa... kita nak luah kat orang, tapi kita tak tahu nak luah macam mana. Ada saat kita nak luah, tapi kita tak tahu nak luah kat siapa. Orang biasa nampak wajah ceria gembira kita. Tapi, deep inside?
Ada ketika kita rasa nak duduk dalam hutan, face the live sorang-sorang. Tapi, berbaloikah? At the end, kita akan suffer alone. Suffer atas loneliness kita sendiri.
Semua orang berhak untuk didengar. Kita nak orang dengar setiap masalah kita, setiap luahan hati kita. Tapi, adakah kita buat benda yang sama pada dia orang? Kita tertanya-tanya,
"Kenapa tak ada orang nak dengar masalah aku?"
Then, ask yourself... Adakah kita menjadi seorang pendengar yang baik?
A situation...
Nampak seorang kawan kita, alone, berjalan sorang-sorang. Hidup dia, macam dalam alam dia sahaja. Tapi, adakah kita mengambil pendekatan dengan mendekati dia? Atau sekadar, 'Oh budak tu? Dia memang macam tu. Abaikanlah...'
Cuba kita berada di tempat dia. Mungkin dia seorang yang anti-social. Anti-social di sini, bukan bermakna dia tak suka berkawan. Nope... semua orang perlukan kawan. Sebab semua orang suka untuk didengar dan Yes! Semua orang berhak untuk didengar.
It's hurt to be alone... Berapa banyak loners kat luar sana, cuba untuk berkawan. Tapi, apa yang kita buat? Ask yourself.. Muhasabah.
Kembali kepada semua orang berhak untuk didengar. Incase.. kita seorang loners. Yes, we are the Loners... Then apa yang perlu kita buat? Terus tenggelam dalam dunia kita? Bahagiakah begitu? Mungkin ada orang kata, okaylah jadi loners... tak payah nak terasa hati kena tinggal pergi makan, tak perlu nak buang masa pujuk orang. Tapi, itulah realiti kehidupan. Tak bosan kah hidup dalam dunia sendiri? Keluarlah... hadapi dunia luar. We create our memories...
Tak nak kah kita merasa, adanya seorang kawan yang akan merindukan kita bila berjauhan, akan sama-sama menangis bila terluka dan sama-sama ketawa bahagia. Belajar untuk berkawan... It's worth to try. kita tak rugi apa-apa. Belajarlah... cari pengalaman.
Kita, sebagai seorang kawan... nampak kawan kita macam hidup dalam dunia sendiri, dekatilah.. cuba lah masuk dalam dunia dia. Korang tahu tak? kadang-kadang, loners akan perhatikan korang ketawa dengan kawan-kawan korang, bergurau dengan kawan-kawan korang. Dia, juga manusia biasa. Nak ada kawan, ada orang yang boleh diajak bergurau, bersembang. Tapi, dia tak ada keberanian untuk hadapi semua benda tu. Mungkin dia trauma? Atau mungkin dia tidak pandai untuk memulakan salam perkenalan. Jadi, apa tugas korang? Dekatilah dia... Mulakan salam perkenalan.
Manusia.. hidup sendirian. Semua orang mahu untuk didengar dan semua orang berhak untuk didengar.
Tapi.. kita jangan lupa. Apa yang kita buat kat orang, tak semestinya benda yang sama orang akan buat kat kita. Contoh, kita dah jadi a good listener. Tapi, siapa nak dengar masalah kita?
So... kenapa berharap pada Manusia? Kita ada Tuhan... kita ada Allah. Dia Maha Mendengar. Solatlah... Sujudlah. Bangunlah disepertiga malam. Dia Maha Mengetahui.
Kita tak tahu macam mana nak ungkap apa yang kita rasa? Cukuplah dengan solat dua rakaat, sujud kepada Allah dan menangis. What? Yes! Menangis... Luahkan semuanya. Tak perlu with word. Sebab Dia adalah Tuhan kita, Dia Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang ada dalam hati kita, setiap permasalahan kita.
Sebenarnya, itulah perkara pertama yang perlu kita buat. Mengadu pada Allah, Tuhan kita, pencipta alam. Lepas tu, istisyarahlah... luahkan pada orang yang kita percaya. Siapa? Mak Ayah kita, adik-beradik kita, kawan-kawan kita, Sesiapa sahaja yang kita percaya. Berbincang, cari solusi. InsyaaAllah... Dia yang menguji kita dengan masalah, maka Dia jugalah yang akan memberi solusi.
So... agak serius ke entry ni? Hahaha...
Semoga sampai apa yang Hijack ingin sampaikan.
From heart into heart...
May I Hijack your Heart,
Thank you,
Mr Hijack
Monday, 21 November 2016
Tuesday, 1 November 2016
Kenalan, Kawan or Sahabat
Hye u'olls..!! (ciehhh! gedik!)
Start balik...
Assalamualaikum untuk semua yang muslim dan salam sejahtera untuk yang non-muslim.
Welcome, irasaimase, sa-wat-dee dan ofkos... selamat datang kepada entry di awal November. Starting hari yang sejuk, permulaan Musim Tengkujuh ha? (bukan ke sebab kau duduk dalam aircond, Hijack? -Erk-) Okeh, abaikan.
So... untuk entry kali ini... Sahabat, Kawan or just... Kenalan? Hurmmmm... Lets think together...
Sape tu? Hahaha.. buat-buat tak kenal pulak... Okeh.. abaikan. gambar gugel je tu.
Sahabat.. susah senang bersama. Teringat satu kata-kata, "A good friend is asking why are you sad but a best friend is taking a shovel, ready to bury the one who hurting you" (lebih kurang ar...)
Apa orang kata? Cubit paha kanan, paha kiri terasa? hahaha... begitulah mungkin. Ada orang kata, nak tengok sifat seorang kawan kita tu macam mana, bermusafir lah dengan dia. hurmmmm... For example... ada kawan yang pattern, 'eh, tak apalah. Aku belanja.' Ada jugak yang pattern, 'Lah... kau tak ada duet ke? Kalau macam tu, temankan aku makan dah la.' Erk?
Okeh... diambil dari facebook...
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

So... begitulah kiranya. Jom tengok gambar lagi..
Jadi.. faham tak? Susah senang bersama. (-Kat atas tu, action wallpaper jerk, Hijack- Iya. memanglah just wallpaper... tapi kita translate lah ikut lain makna dia. Ada erti? =^=)
Okeh.. pasal perbezaan kenalan, kawan dan sahabat. Sekali baca, korang semua pasti dah pun jawab secara random kan? It's pretty much ketara. Memang terang berspotlight (DBP tolong jangan kecam Hijack!)
Hijack pernah bertanyakan soalan ni pada seorang kawan Hijack.. (kawan ke sahabat tu, Hijack? erk! Kena sedassss!) Okeh. Sahabat.
"Apa kau punya defination pasal kenalan, kawan dan sahabat?"
So... apa yang dia jawab. Jeng.. Jeng... Jeng..!
"Kenalan tu, orang yang kau jumpa tepi jalan. Kawan, orang yang rapat dengan kau tapi tak adalah rapat mana. Dan sahabat, ialah orang yang rapat dengan kau, orang yang kau share macam-macam dengan dia" gitulah lebih kurang. Hijack pun dah lupa sikit-sikit sebab dah lama sangat tanya dia soalan ni. (Kuat cover kau Hijack! Bukan cover... tapi gitu arr.. -Skill tak mengaku-)
So.. Hijack tanya lagi.
"Apa definition kau untuk aku?"
"Takkan kau tak tahu?" Dia jawab. Hijack dah senyum-senyum dah.
"Aku nak tahu dari kau for sure..."
"Kenalan..." Erk! Menyesal Hijack tanya. Adiehhh!! Tapi tak pe. Hijack tahu, dalam hati dia, dia sayang Hijack sebenarnya. Jyahahahaaaa.. (Readers tolong jangan lempang Hijack sebab meluat)
Okeh.. tu his definition tentang persahabatan. Korang pulak macam mana? Nak share pendapat? Silakan share di komen un tak pe... (macam lah ada orang baca blog kau, Hijack. =,=")
Baiklah (sebab banyak sangat dah perkataan 'okay' kat atas), macam panjang jek entry kali ini. Hopenya tak tidur lah seperti mana Hijack yang tidur bila kelas Sejarah (erk! aib tu, Hijack!)
Seperti biasa,
Thank you sebab sudi meluangkan masa anda yang precious.
From heart, into heart.
May I Hijack Your Heart?
Thank you,
Mr. Hijack
Sunday, 30 October 2016
Kaifa Ja'Ala As-sobirin?
Wahai Syeikh, Macam Mana Nak Jadi Seorang yang Penyabar?
"Dear Sir, how can I be a patient??"
Nak bahasa Thai pulak ke? (=,=" Jangan main-main lah, Hijack!)
Okay... soalan tu, Hijack tanya kat sorang sheikh ni. Beliau dari Madinah, sopan orangnya. Kalau lah Hijack ni perempuan, mungkin dah melting... Hahaha...(Main-main kau, Hijack! =3=)
Okeh.. nak dijadikan ceritanya... Hijack tanya lah kat Sheikh tu, macam mana nak jadi seorang yang penyabar. Then, Sheikh tu tertawa kecil sahaja (sastera kauuuuuu...). Actually, Sheikh bila ketawa jarang keluar suara. Senyum nampak gigi jek.. Sunnah gittew...
Nak tahu Sheikh jawab apa? Banyakkan baca Quran... Perghhh!! Deep wehhhh... Hijack ni, dah la jarang-jarang sekali baca Quran... (=-=" aib tu, Hijack!). Tapinya, macam klise jek kan ayat tu. Baca Quran.
Yeah. Quran is a love letter yang paling sweet. Sebab apa Hijack cakap macam tu? Tak cukup sweet lagi ke ALLAH, yang dah kirimkan pada kita, warkah yang disampaikan melalui utusan-Nya yang tersangatlah hebat luaran dan dalaman. Akhlaknya yang mulia, wajahnya yang menenangkan. Dan juga bicaranya sopan dan teratur.
ALLAH berikan kita sebuah manual, taknaknya kita salah percaturan. Bagi kita peta, taknaknya kita tersesat. Sepucuk surat yang mengandungi pujukan yang menenangkan bila kita berduka. Juga mengandungi peringatan untuk kita yang selalu alpa.
Okay, back to the main point. Kan Sheikh tu jawab, baca Quran. Sebenarnya, Sheikh tambah lagi. Taqroul Quran qobla subuh. Baca Quran sebelum subuh. Read the Quran before Subh. Fahamkan? It's qiam time.
Nak dijadikan cerita, esoknya, Allah bangunkan Hijack before Subuh, walaupun malamnya, Hijack tertidur sebelum sempat kunci alarm. Then, dengan semangat wajanya, (cia~). Hijack pun try buat la apa yang Sheikh ckap tu. Dan subhanALLAH! Alhamdulillah, hari tu, Hijack tak cepat nak melenting, cari pasal dgan orang dan semua, semualah yang berkaitan dengan emosi ni.
So, apa motif Hijack share benda ni? Hurm... Jom cepat! Jom fikir berjemaah!
Takde apa pun. Hijack yang share benda ni, biar kita belajar untuk menjadi seorang yang sentiasa sabar menghadapi ujian hidup. Juga hari-hari yang mendatang dan bertandang.
Okay lah. Rasanya, cukuplah untuk entry kali ni. Semoga bermanfaat!
Thanks for visiting,
May I hijack your heart?

Monday, 17 October 2016
Learn From Cats
So... Belajar dari Kucing.. Not Kucing kat Sarawak tu... it just, seekor kucing.
# ihsan gugel
So... Hijack nak cerita pasal kucing. (bukan dari tadi lagi ke kau cakap nak cerita pasal kucing, tapi kenapa tak cerita-cerita ni?? -Plakkk!- =3=)
Okay.
Masuk cerita kita.
Seorang kawan Hijack... turun sahur (kita orang duduk asrama). Rezeki dari Allah, sahur tu makan nasi berlaukkan ayam gureng. Memang perghhh!! Mak-mak dengan kakak dewan makan memang mantop memasak!
Nak diceritakan... kawan Hijack tu, bersahurlah...
Tengah-tengah makan tu, ternampak seekor kuceng warna kelabu (gitu lah lebih kurang), tengok aja kawan Hijack tu makan. Tak sampai hati nak biar macam tu, kawan Hijack ni pun, hulurlah ayam.
Tapi, kucing tu tak pergi pun kat kawan Hijack (macam pemalas je kan? =.="). Kucing tu, sesekali tengok kebelakang then tengok kat kawan Hijack balik, macam bagi isyarat suruh ikut dia gittew...
Kawan Hijack ni pun, ikutlah kucing tu... Time-time sahur, dengan gelap nye.. (saspen tak jadi sikit).
Rupa-rupanya, kucing kelabu tu bawak kawan Hijack pergi dekat seekor kucing hitam, yang tempang kakinya (tak pasti tangan ke kaki... =.=" again?) dan agak berkurap badannya (lebih kurang lah). Then, kucing kelabu tu pun duduk kat tepi kucing hitam tu, tunggu kawan Hijack bagi makanan.
Rupa-rupanya. (berapa banyak rupa ni, Hijack?) si kucing kelabu tu, nak suruh kawan Hijack bagi makanan kat kawan dia jugak.
So... kucing pun sangat menghargai sahabat dia, inikan kita manusia? Belajarlah untuk berukhuwah lillah. Bersahabat kerana agama... bukan kerana harta atau paras rupa semata. Ada apa pada harta? Sungguhlah... kemewahan tidak menjamin kebahagiaan. Apa yang kita kejar sebagai seorang muslim? Kebahagiaan di dunia dan akhirat. Afterlife... pada saat kawan, harta, even saudara dan family tak dapat membantu kita. Saat kita dihisab nanti...
Tetapi, indahnya persahabatan, mulianya seorang sahabat sehinggakan sekiranya ada dua orang bersahabat kerana Allah, ditakdirkan seorang masuk syurga dan sahabatnya itu jatuh ke neraka (nauzubillahi minzalik)..., berkat rahmat dan kasih sayang Dia, Allah izinkan kawan dia yang berada di syurga itu, untuk tarik kawan dia di neraka, untuk sama-sama masuk ke syurga Allah. Sweet kan? Itulah seorang sahabat.
Bercakap pasal sahabat... Hijack ada bercakap dengan seorang kawan ni, pasal friendship. Suka lah Hijack nak kongsi kata-kata ni sebelum menoktahkan post ini.
A friend.. is someone who help his friend without asked,
Healing when he's hurt,
Cooling when he's hot,
Say it wrong when its wrong,
And support him even the whole world running away from him
From heart, into heart...
May I hijack your heart with His Word?
Thank you,
Mr. Hijack
Wednesday, 12 October 2016
Spread The Love
Apa yang Hijack nak cakap pasal opening ey? (=^=")
Okay.. First of all..
Assalamualaikum for all muslim... Nice to meet you.. for the non-muslim.
Eh! Terrorist lah! (=^=".. again?)
Jangan block your mind la.. terrorist tak beragama. If they ada agama, dia orang takkan jadi terrorist.
Okay! Stop that isu sensitif.
Suka rojakkan bahasa eyy?? hehehe... my bad.
Entah la. sepatutnya blog ni jadi sebuah blog yang menjana bahasa. Tapi.. erk?
Tak apalah. For the first entry ni (aku tak tahu ada tak orang nak datang sini... =^=") just nak ucap kat korang.. selamat datang.. welcome.. merhaba... konnichiwa.. ha! apa lagi? Saa-wat-dee!
Semoga apa sahaja perisian kat dalam ni, boleh bawa ibrah untuk korang. Aku, Mr Hijack, still belajar untuk bertatih dalam dunia yang penuh dengan zulumat ni. Apa tu? hahaha..
Aku bukan budak baik. Macam-macam black background aku ada. Macam-macam perkara aku alami. Iya lah.. hidup bukan baru sehari kan. Even untuk baby yang baru sehari pun, dah ada pengalaman sendiri. Cuma dia tak tahu nak ungkap macam mana aja.
Apa yang aku nak share dalam ni, berdasarkan pemerhatian, rujukan.. dan maybe a little bit mengarut meraban? Hahaha... Aku suka share dengan orang. Tak boleh share with words, kita share melalui penulisan. Harap korang bersabar dengan setiap entry aku yang bakal membuatkan kau rasa nak lempang aku (pun ada).
Hah!
Apapun.. from heart, into heart. Kenapa kita perlu berpecah? Hidup sekejap je.
Kalau aku salah, tegur aku. Kita sama-sma shift our paradigm. Changing for better ain't a crime, right? -Hlovate-
Salam dari aku, Mr Hijack.

Subscribe to:
Posts (Atom)