Wahai Syeikh, Macam Mana Nak Jadi Seorang yang Penyabar?
"Dear Sir, how can I be a patient??"
Nak bahasa Thai pulak ke? (=,=" Jangan main-main lah, Hijack!)
Okay... soalan tu, Hijack tanya kat sorang sheikh ni. Beliau dari Madinah, sopan orangnya. Kalau lah Hijack ni perempuan, mungkin dah melting... Hahaha...(Main-main kau, Hijack! =3=)
Okeh.. nak dijadikan ceritanya... Hijack tanya lah kat Sheikh tu, macam mana nak jadi seorang yang penyabar. Then, Sheikh tu tertawa kecil sahaja (sastera kauuuuuu...). Actually, Sheikh bila ketawa jarang keluar suara. Senyum nampak gigi jek.. Sunnah gittew...
Nak tahu Sheikh jawab apa? Banyakkan baca Quran... Perghhh!! Deep wehhhh... Hijack ni, dah la jarang-jarang sekali baca Quran... (=-=" aib tu, Hijack!). Tapinya, macam klise jek kan ayat tu. Baca Quran.
Yeah. Quran is a love letter yang paling sweet. Sebab apa Hijack cakap macam tu? Tak cukup sweet lagi ke ALLAH, yang dah kirimkan pada kita, warkah yang disampaikan melalui utusan-Nya yang tersangatlah hebat luaran dan dalaman. Akhlaknya yang mulia, wajahnya yang menenangkan. Dan juga bicaranya sopan dan teratur.
ALLAH berikan kita sebuah manual, taknaknya kita salah percaturan. Bagi kita peta, taknaknya kita tersesat. Sepucuk surat yang mengandungi pujukan yang menenangkan bila kita berduka. Juga mengandungi peringatan untuk kita yang selalu alpa.
Okay, back to the main point. Kan Sheikh tu jawab, baca Quran. Sebenarnya, Sheikh tambah lagi. Taqroul Quran qobla subuh. Baca Quran sebelum subuh. Read the Quran before Subh. Fahamkan? It's qiam time.
Nak dijadikan cerita, esoknya, Allah bangunkan Hijack before Subuh, walaupun malamnya, Hijack tertidur sebelum sempat kunci alarm. Then, dengan semangat wajanya, (cia~). Hijack pun try buat la apa yang Sheikh ckap tu. Dan subhanALLAH! Alhamdulillah, hari tu, Hijack tak cepat nak melenting, cari pasal dgan orang dan semua, semualah yang berkaitan dengan emosi ni.
So, apa motif Hijack share benda ni? Hurm... Jom cepat! Jom fikir berjemaah!
Takde apa pun. Hijack yang share benda ni, biar kita belajar untuk menjadi seorang yang sentiasa sabar menghadapi ujian hidup. Juga hari-hari yang mendatang dan bertandang.
Okay lah. Rasanya, cukuplah untuk entry kali ni. Semoga bermanfaat!
Thanks for visiting,
May I hijack your heart?
Thank you,
Mr Hijack
No comments:
Post a Comment