
*The Beauty of Da'wah*
Assalamualaikum kpda readers yang beragama Islam, juga salam sejahtera for those yang non-muslim.
So, hari ni, entry Hijack tentang the beauty of da'wah.
'Of what, adik-adik?'
'Of Da'wah!!!'
'bagus adik-adik Hijack.'
Okeh. Kembali kepada topik kita. Keindahan da'wah. Apa yang indah sangat tu?
Okeh. (berapa kali kau nak okay ni, hijack? Dah lah eja okay pun salah) >3< ~abaikan perangai Hijack terlebih ribena~
Suka lah Hijack menceritakan tentang dua orang gadis cantik. ~dasar tak jaga pandangan kau, Hijack!~
Di dalam sebuah masjid...
Dua girl, teman letak nama as Mawar dan Lotus sudah. Klasik kau nama! -Nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu-
Sedang dua remaja itu asyik berbual...
Allahu akbar! Allahu akbar!
Allahu akbar! Allahuakbar!
Suara muazzin lantang melaungkan azan, memanggil semua khalifah yang tunduk kepada kekuasaan Yang Esa, untuk sama-sama menyahut, berbaris dalam satu saf, tunduk sujud kepada-Nya.
"Mawar, dah lama tak dengar azan macam ni kan? Menusuk sampai ke dalam. Suara dia lepas dan lantang. Seronok dengar..." suara Lotus memecah keheningan harmoni azan yang sedang berkumandang. #jangantiruaksiini
Mawar tersenyum cuma, mengiakan kata-kata Lotus tanpa bicara.
"Nak tengok lah siapa yang azan" Perangai tak senonoh Lotus dah terkeluar, acah-acah nak buat crime. Masa tu Hijack terfikir, kenapalah bukan Hijack yang jadi muazzin? 😩
Tangan Melur laju aja menampar paha Lotus, ala-ala manja stok ayu gitteww... Satu jelingan sedas diberikan elok untuk Lotus.
Lotus tertawa kecil. Lagi semangat nak buat kes!
Hayya 'alal falah!
Hayya 'alal falah!
Lotus dah ready nak bangun. Maklum, ruangan wanita ditingkat atas masjid. Jadi kalau nak skodeng anak teruna orang, kena berdiri.
"Lotus...!" Suara Mawar mendayu memanggil. Tiada tazkirah panjang, tiada amaran keras, tiada sindiran halus, juga tiada ritma suara yang naik seoktaf. Cukup sekadar nama yang dipanggil lembut sepakej hujung jari Lotus digenggam Mawar. Perlahan, Mawar menggelengkan kepala.
Lotus sayu. Sudah lama dia tidak menerima layanan sebegitu. Senyum terukir di bibir. Suka melihat reaksi Mawar. Faham dengan teguran tanpa bicara itu. Mungkin, kalau tidak kerana genggaman tangannya itu, dia mungkin sudah bangun untuk cari tahu gerangan sang muazzin.
Akhirnya,
Laailaha illa Allah...
Tiada Tuhan melainkan Allah, serentak dengan jatuhnya kepala Lotus ke ribaan Mawar.
Terima kasih, Mawar.
Terima kasih, Tuhan...
So, apa yang mike dapat dari cerita tu? Teman suka! Suka dengan cerita tu. Tegur orang, tak perlu sindir-sindir. Tak perlu perli-perli. Actions speak louder than words.
Okeh, sampai sini aja entry teman hari ni. Semoga bermanfaat.
From heart, into heart.
May I hijack your heart?
MrHijack
No comments:
Post a Comment